Monday, 20 February 2017

Major Throwback Taikos <3

Assalamualaikum & Hi Semua! 


Hari ini,  aku rasa senang hati nak update dan shareee How I Met My Lovely Friend :).
Sejak dari bangku sekolah rendah,  aku diduga dengan pelbagai jenis sahabat, dari semua jenis aku dah rasa. Tapi selalunya,  jarang yang nak stay dengan aku. Dan sebelum aku masuk sekolah menengah, aku hampir putus harapan nak ada kawan baik lagi. Penat dah hidup dengan, asyik tukar kawan ajee. Hatiku dirobekk. But it is okay.


Naik jee sekolah menengah, aku ditakdirkan berjumpa dengan 2 orang sahabat aku ni dalam satu kelas yang sama. Waktu tu fasa-fasa tak pandai. Kelas kemain dari 9/15, aku masih ingat lagi masa tu. Mana boleh lupa, disitu mulanya titik permulaan aku 'sedar diri', yang aku lemah jugak dari segi pelajaran. So,  dalam setahun, aku mula rapat dengan izzati dan tasha. Memang kenal dari Form 1 until now. Alhamdulillah!


Sambung lagi,  masa form 2, aku dapat naik kelas, dan aku bersyukur juga,  sebab Tasha dengan Izzati pun naik kelas masa tu. Very proud of them! Tapi aku still tak sama kelas dengan aku lagi macam form 1 dulu. Tapi takpee. Masa tu aku bersyukur sebab kami dapat naik sama-sama kelas walaupun sedikit demi sedikit.


Persahabatan kami masih diteruskan masa form 2, form 3, form 4. Masa form 4 ini, kami bertiga berjumpa dengan Farah, Yeayyy! Farah ni sebenarnya kawan aku masa tadika dulu, eh japp,  bukan Farah jeee, tapi dengan afiq sekali.  Haha! #kawankawanzamantadika reunion. Farah baru masuk sekolah kami,pastu masuk pulak kelas Tasha. So, memang ngam betul laa, maksudnya,  mudah nak bergaul laa. Mula-mula belajar berehat sama-sama, andddd everythingsss together. Dan waktu tu, aku bersyukur sangat, Allah swt tu maha adil, jumpakan aku dengan dorang. Yang tak pernah serik dengan perangai ting-tong aku. Hahaha. Sayang korang tiga :*


Alhamdulillah! Masa form 4 juga, there you are, all the boys. Lebih kurang 10 orang ni lah, kami kenal waktu form 4. Actually, sebahagian besar dari the boys tu, classmate Tasha dan Farah. Dan ada beberapa je yang kelas lain. Afiq kelas sama dengan aku, Fazrin kelas atas dari aku dengan afiq.
Makin rapat sebab aku pergi sekolah naik motor. Jadi, nak tak nak,  aku memang kene terjumpa dorang.  Haha! Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri. But there you are, aku mula percaya dengan the boys. Means,  kami mula percaya. Hihi. Ingat senang nak kawan dengan orang yang tak kenal? Hahaha. But yess,  we managed. :)


Walaupun, setiap dari mereka, ada history masing-masing, day by day, years by years, we do understand each other. Banyak jugak kami spend time together. Dan terbentuklahhhhhhhh Group yang kekal until now. Within that time, ada jugak part suka duka tu. Ingat takde ke. Ingat mudah ke nak achieve like now. Hihi


Masa kami semua form 4, salah seorang  precious friend kami meninggal dunia. Sebelum berlaku tu, actually cadangan jee nak buat group, dah create daa group tu. Atas niat saje-saje je. Takde pun nak apa. Lepas kejadian kawan kami meninggal tu, aku nampak satu jee, kami makin erat. Alhamdulillah. Semua yang berlaku berhikmah. Aku yakin dengan Allah swt.

#Alfatihah
#WAAinmemory
#KamiSayangKauWanAmeerolAfief
#SentiasaDalamKenangankamiSemua

2013 berakhir, waktu tu kan, aku ada satu perasaan takut, dimana one day aku mungkin akan berpisah dengan semua. Dan yaa,  mesti susah nak jumpa dahhh. Tetapi, perancangan Allah swt siapa boleh jangka. Dengan izinNya, Allah jumpakan kami kembali. Selalunyaaa, Raya laa jumpa. Dan paling aku ingat, sebelum result SPM keluar pun sempat juga beberapa kali keluar. Alhamdulillah tak terhingga!
Untuk berkumpul 14 orang sekaliguss, aku baru sedar,  susah ya rabbb!  Haha! Tapi kami mampu juga. Walaupun tak setiap tahun until now. Kami cuba, cuba sampai it is happened.
The boys ni memang selalu je jumpa,tetapi kami perempuan memang susah sikit. Kan ada komitmen sebagai anak perempuan, ibubapa , keluarga. Gituuuu. Tapi kalau ada peluang, all of us grab the chancess! Haha. Gunakan peluang sebaiknya. Itu ajeee.
Aku bersyukur sangat! 
Sangattt sangaaaaaaaatt! 
(Sejenis perasaan yang susah aku nak explained)

Selepas 4 tahun tinggalkan sekolah,  aku nampak sahabat-sahabat aku ni makin matang dari fizikal laa, mental tu ada sikit. :P , yang selain dari tu,  aku nampak dorang masih sama macam dedulu. Langsung tak ubah. Haha!  Ada yang masih childsih walaupun umur dah 21 tahun. Hehehe. Tapi takpee, aku sikit pun tak kesah, selagi ikatan persahabtan kami bersatu dengan izinNya, insha Allah tiada masalah. Aamiinn.
Untuk sahabat-sahabat semua, jujur dari hati (walaupun aku jarang tunjuk), aku sayang sahabat semua! Rasa macam family sangat. Happy, asyik tergelak jee dengan korang semua! Sikit pun aku takde nak fikir pasal masalah bila aku dengan korang. Aku tak kesah korang ada history dengan aku ke, siapa-siapa pun ke, sikit pun aku tak kesah. Aku kesahkan cara korang terima aku jee sbg sahabat korang. Seriouss! Segala benda history baru, lama ke, aku dah lupakan. Dan segala dosa korang terhadap aku pun, aku dah maafkan, maafkan semua sekali takde yang tertinggal. Dan aku nak minta maaf kat sahabat semua, dari mula kenal, sampai laaaaaaani. Maafkan kegilaan aku dalam berbicara, dalam berperangai, dalam diam-diam aku tuu, dan macam-macam lagi. Aku minta maaf kat sahabat semua!  Maafkan aku okeih?! Huwaaaa. :') #tetibesedihpulaaa
|
Alhamdulillah~
Alhamdulillah~ 
Alhamdulillah~

Buat masa sekarang ni,  aku tengah kumpul gambar-ganbar kita semua dari zaman-zaman sekolah. Siap buat file khas lagi untuk sahabat semua.  Hihi. Rasanya boleh jadikan suntikan semangat bila aku rasa downkan. Hehe. Terima kasih semua!  Hadir dalam diri aku. Sungguh aku bersyukur sampai tak boleh nak explained perasaannya. Lillahitaalaaaa!~
Nak juga ada ucapan special untuk the girlss, hehe.


Untuk sahabat perempuan aku yang 4 orang jee ni, aku sayang korang macan family, adik beradik dan macam-macam lahh. Semua boleh! Hihi. Aku masih ingat suka dan duka yang kita hadapi bersama, susah senang bersama, nangis bersama, peluk sama-sama, 'gelak' sama-sama. SEMUAAAAAALAH! Haaa amikkk. Hikss.


Dannnn please ingat aku juga dalam doa korang. Hihi. Tau tak, jujur aku bagitau,  aku langsung takde kawan macam korang. Yang boleh paham aku sampai lubang cacing. (iyeee je lubang cacing)  hahaha. Ade keee. Takpee korang paham sendiri tau. Aku yakin korang pun rasa yang sama dengan aku. How come korang boleh lupakan aku pulak, kita dah kenal luar dan dalam,  hati,  minda. Cehh. Semua nya beb. Kadang-kadang duduk saja-saja pun aku boleh teringat korang. Cuma setiap kali berlaku gitu, aku berdoa, moga-moga Allah swt izinkan kita semua jumpa nanti. Hihi. Alhamdulillah!
2009 sampai 2017 , kita dah cipta jalinan persahabatan. Hampir 9 tahun dahhh usia persahabatan dengan my girls. Every single things about my girls,  i will never forget. Ever! Trust Allah swt, and He will make it happened! Yess!


"Ya Allah, lindungilah dan teruskan kami dalam berkasih sayang dalam persahabatan, jauhkan lah kami dari sifat-sifat mazmumah, dari gangguan makhluk-makhluk mu yang cuba nak pisahkan kami. Bantulah kami, dekatkan lah kami, rapatkan lah kami dengan izinMu Ya Allah. Redhakan lah, ikhlaskan lah hati kami dalam persahabatan ini. Lillahitaalaa. Aaminnn."
Moga Allah swt kabulkan permintaan kita semua!  Aaminnn. <3


#TaikossSince2012
#SixYearsFriendship 
#AlhamdulillahSyukur

By Loved, 
Salwanaa

: 20 Februari 2017, 1:42 am :

0 comments:

Post a Comment