Saturday, 11 June 2016

Tapau Tiga Tabur ( 29 May 2016)

Tabur Jiwamu Di Angkasa !
Salam dan Hi semua ! :D

New entry bertjuk di atas dengan otak penuh memori mengenai my first hiking ! >_<
Hehe. The best memory ever aku pernah rasa. So, bagi aku taip dengan tenang untuk entry ni. Yeahhh. Need extra spirit to make the bounce ! haha. apa aku karutttsssss. :'D

A short meeting two days before, 7 out of 12 person

Okay. First, siapa yang ajak kite org pergi Hiking ? My sistur Ainaaa laaa. Kecik molek jak hakak nii. hehe. Secondddd, macam mana kite orang ni, boleh serapat gituu ? Hmmm.. Nak cite konfem panjang. Tapi nak ringkaskan , kite orang boleh jadi rapat because of joining one of the programme under our college ( Kolej Tun Hussein Onn). It is Malam Anugerah Pelajar ke 19 (MAP19). Some of us are being Ahli jawatankuasa gituu under that programme. ( Okay sorryy , BM campur BI, haha, still a student, so learning a bit laa about bahasa). So then, we just plan to go by girls only, but some of them decided to ikut. jadi, we make one group about hiking, and there are. Actually, only 6 of us wanna go for hiking, but after that, its become 12 person in that plan. We also make a small group in whatsapp, and we discuss on whatsapp, but it looks not clear, so we make a short meeting two days before hiking at our cafe (KTHO). Pluss, one of our felo want a join us for this trip of hiking. Japp jappp  ( asal aku TERke BI lak niiiii. HAHAHAHAHAHA, kayyy tukar jap) Lepas short meeting tuu, kata putus telah dibuat. Jadi tunggu masa hari kejadian je laa. Hehe. 

Semua rancang nak gerak awal, sebab nak subuh kat sana. Kite orng janji nak gerak dua kereta, tapi sat lagi kereta ada yg TERbangun lambat sikit, so kite orang gerak dulu laa. Lebih kurang pukul 5.30 pagi dah gerak. DalamKereta kteorng ada 7 orang masa tu, 4 lelaki 3 perempuan. Sebelum gerak terus kat sana, abg acap ( felo kite org) berhenti jap kat 7eleven beli sarapan gituu. Semua pun sarapan dalam kereta sebelum hiking. Sampai je kat sebuah masjid ni, namanya Masjid Al-Hidayah tak silap aku. Semua solat subuh, then tunggu satu lagi kereta , iaitu kawan2 kteorng lagi 5 org ( 3 org perempuan, 1 lelaki) . Lepas dah jumpa tu, abg acap ajak kawan dia pergi sekali. At first mmg susah gila nak cari tempat tu, haha. banyak kali jugak pusing2, semua sebab Kak Aina terlupa jalannye. Haha. Lebih kurang pukul 8 pagi baru sampai kat tempat tu, so lets take a picture first. Hehe. 

Sampai sudahhh ! 
Journey of 12 person starting at 8 am. Yeahhh ! Masa tu aku seronok gilaa, first time katanya. Haha! Masa naik mula mula tu aku okay lagi, tapi makin lama, makin aku sloww dahh. Sebab rasanya kurang Jogging kot. Hihi. Semput tiba2, sampai tak leh nak cakap. Aku byk kali suruh yang lain pergi dulu sebab aku makin slow. Tapi Insyi banyak kali teman aku setiap kali aku pancit. Muka dah pucat lesi bak kata Fattah. Haha. Insyi bagi aku hundred plus dgn makan m&m, m&m kemam bawah lidah tu cadangan Adib. Katanya mampu beri tenaga, aku pun percaya demi tak larat punya pasal. Kekekeke. Malu gak laaa. Aku je asyik pancit. Nampak benor gemukss. Eh takmo la gemukss, berisi jee. kahkahkah. Perjalanan mesti diteruskan walaupun aku lemah lemah gituu. Masa last point sebelum nak ke puncak Fareast Tabur, kite orang berhenti kejap sebab tunggu giliran nak naik kat atas, die kene panjat sikit, tapi limit dua org je buley. Aku stay dulu kat tepi ditemani Insyi, Fattah, Abg acap yg tengah busy tlg diorang yg lain naik atas ngan adib sekali. Yang aku tak tahannye tu, Fattah kipaskan aku yg tengah tak boleh bersuara. HAHA. Dia kipas aku lama kott. Kipas dengan topi die pakai tu. Kuikui. Thankss Fattah ! Jasa mu dikenang ! Tapi the most appreciate dekat Insyiroh laa, die sgt caring. Cehhh. haha. Thanksss Insyiii ! <3 <3

Okayyyyyy, lepas dah naik puncak, that meanss, dah sampai sudah di Fareast Bukit Tabur. Yeahhh! Dengan jayanyaa wehh. Haha! Kite orang pun bergambar lah banyak2 kat situu.

Layan Gambarrrrr. 

Ni dekat dengan puncak tuu. Masa ni aku dah cari tempat nak duduk jaa, haha. Moga tabah lagi next bukit. 

The twelve of us with kawan2 abg acap .

Twelve of twelve , COMPLETE MISSION ! Fareast Tabur

No caption, Ni insyi rasanya yg amik. Haha.
The Three of us, Kak Aina tengah skali, Kiri Insyirahhh. Kanan tu aku ler. Kekeke. 

Konon Feeling sangat. Haihh lawa kott alam ciptaan Allah ni. SubhanaAllah!

Asalnye kite org je, dalam group ws termasuk adee, Die ngade tak pegi, balik kunun. Hehe. 

Ahhhh, lupe nak bagi tau, kite orang sampai kat atas lebih kurang pukul 8.30 pagi gitu. Lama gak lepak kat atas. So, after habis ambil gambar apa semua, proceed dengan turun sampai kat pertengahan tu. Pertengahan tu pecah kepada puncak kecil kite orang dah pergi tu, next laluan kepada extreme tabur, at first macam ragu2 nak pergi, sebab tak rancang pun, cakap dah turun je terus kan, tapi ada yg insist cakap nak naik, aku ikut jee. Haha. Sampai satu tempat tu, aku tengok jalannye agak rumit, dalam hati terus kata " Aduhaii, malasnye nak turun bagai tu, konfem penat balik nanti.", Aku pun decide taknak teruskan, plus dengan 3 orang lagi kawan perempuan yg sama macam aku jugak, 7 orang lagi dah proceed naik kat puncak extreme tu.

Masa tu kite orang lagi lima, 4 perempuan ( Alya, Farah, Kak Piqa, Aku ) dan seorang je lelaki teman kite orang iaitu Wan, Dimana lima orang ni je yg kata nak stay situ. Dalam 20 minit gitu, ada sekelompok group hiking pakcik2 makcik2, mereka ada juga psiko kami, cakap 20 minit je naik puncak tuu, padahal lama gak senanye. Aku ngan kawan2 perempuan tak termakan psiko dia, tapi Wan termakan psiko pakcik tu, die kata kat kite orang nak tengok sekejap tanpa bawa fon, air dan beg dia. Dia pergi sehelai sepinggang camtu jee. Kite orang pompuan ni, cam diam je, tak tau nak respon apa. Kak Piqa tanya jugak, nak kemana kan, pastu dia ckp gitu kat kite orang. Tunggu punya tunggu, kiteorang yang tunggu ni dah mula bosan, and our expectation Wan dah jumpa kawan2 lain yang naik extreme tu.

Kite orang pun decide nak turun dah, tak sanggup nak tunggu, sebab badan pun dah exhausted gile. Last tinggalkan tempat pertengahan tu, lebih kurang pukul 11 pagi gitu. Sampai kat bawah lebih kurang 11.30 pagi sebab, jalan slow slow, masing2 penat. Lagi sekali, tunggu punya tunggu, dekat pukul 1 tengahari juga dorang yg kat puncak dah turun kat bawah. Aku pulak mmg tunggu kat kereta Farah, plus dengan takdak air nye, dok tunggu abang acap turun ler tu. Nampak je dia, terus lari pergi kereta sebab kedahagaan air. So, aku pun tanya diorang, " mana wan? ". Dorang kata ada dah kat kereta satu lagi, aku pun pergi tengok kat kereta Farah, " eh takde punn" . Aku pun tanya dorang, " korang tak tersempak dengan Wan ke masa turun tadi? ". Dorang cakap takde. Allah waktu tu, dua org kawan kite orang gegas naik atas balik cari mana2 kalau Wan turun ke. Tapi mmg takde. Masa tu Seyess tak tau nak buat apa, sampai satu tu, ada sorang kawan kite orang bagi cadangan , report polis je. So, cadangan diterima. Insyi yang kol mula2, then , polis tanya apa yg jadi dari awal sampai akhir. Insyi pun cite dari mula.Banyak gila panggilan demi panggilan, Aku ngan Insyi busy gila masa tu dok jawab panggilan demi panggilan.

Masa tu, kereta Farah n the geng pergi solat zuhur dulu, sebab waktu tu dah pukul berapa, dalam pukul 3 ptg gitu. Polis akhirnya datang dalam pukul 3.30 ptg camtu. Plus, Farah n the geng baru balik solat zohor siap tukar baju la, sebab baju kotor , berpeluh semua ada. Kite orang pun cite dulu kat polis everything untuk kali berapa entah. Pastu, minta izin dia nak pergi solat zuhur, tapi end up kite orang pulak kene marah, dia cakap " Kalau abg boleh korbankan masa abg utk shift terakhir ni, why not korang pun buat sama ? ". Allahu, sabau je laa. Aku pun terus cakap kat diorang, " No matter what, kite kene solat jugak! ". So, kawan yang dah solat tolong kite orang cari kiblat. Kat situ jugak kite orang solat. Masa tu abg acap dngan fattah naik atas balik dengan abg2 bomba untuk cari Wan. Risau pengsan mana2.

Lepas solat tu, buat jugak solat hajat masing2, doa sungguh2 semoga dapat jumpa wan balik. Allahu, hati kerisauan tu mmg lillahi Allah je tauu. Serabut gila kepala masing2. Dalam masa menunggu tu, polis ronda tadi yg agak rude sikit tu, dah balikk. Lega wehh. Polis ronda yang kedua jaga kite orang ni agak baik sikit. Alhamdulillah. Legaa. At that time, kite orang decide nak bgtau family wan, dah alang2 fon dia ada kat kite orang, so, suruh Alya yang cakap, sebab dorang study course psiko, jadi power sikit dalam bab2 cakap ni. hehe. Lepas settle kol, ayah wan mmg tak dapat reach, so, call along dgn angah diorang. Alhamdulillah dapat berhubung. Dah bgtau apa semua, abg dia cakap otw ke tempat kejadian. Rasanya masa tu dah masuk asar, jadi decide nak solat asar kat masjid, plus nak tukar baju, dah lejut masing2 , bau lagi. hehe. Polis tadi yg kedua tu baik, dia bagi kite orang pegi solat kat masjid. Solat, isi minyak kete, tukar baju, settle. Balik semula kat tempat kejadian. Masa tunggu tu, kite orang borak , nak makan masing tak lalu, dah takde selera weh. Nangis gak. 

Tiba2 nampak abg acap, fattah ngan abg2 bomba dah turun pergi kat kite orang. Dari jauh nampak abg acap dah geleng2 cakap takde maknenye. Langsung tak jumpa. Sedih , hampa semua ada. :(
Abg acap ngan fattah guna kereta  gi solat asar dgn tukar baju. Waktu tu dah dekat pukul 5.45 ptg camtu, we are still there.

Suddenly, abg polis tergesa2, kite orang pun pelik, dah kenapa diorang ni? Tanya diorang, dorang cakap " Ada yang report dah jumpa Wan, banyak kali akak yang repport tu call Insyirah, tapi takdak sapa angkat, jadi dorang call Polis HQ.  " , kite orang be like, Allahuuuuuuu! Gugur jantung japp. Nangis bahagia, bersyukur semua ada. Happppyyyy dengar berita baik dari Allah, Allah kabulkan permintaan kite orang. Happy kut, siapa yang tak happy kannn So, cecepat abg polis ngan abg2 bomba nak gi amik Wan. Kite orang cecepat bagitau abg acap yg dah jumpa Wan. Terus gerak ke balai polis dulu, dorang kata nanti jumpa kat balai polis je. Abg Wan ada dua orang tu yang pergi amik wan kat tempat yg dia dah dijumpai. Lebih kurang 5 jam lebih Wan ada kat dalam hutan. Taktau la apa keadaan dia waktu tu. 

So, semua kumpul kat depan balai dengan abg ngah Wan, duduk duduk sembang antara kite orang , share pengalaman , luah perasaan pasal kejadian hari ni, semua ada. hihi. Perasaan yang sungguh tak dapat di jelaskan. Lillahitaala, Bersyukur sangat !! :D :')

Lama jugak kite orang kene tunggu nak jumpa Wan, pukul 7 ptg gitu, dorang baru sampai, Terus budak2 laki ni peluk Wan, gila weyhh, suatu perasaan yang wowww, Allah je tahuu. Wan keluar je kereta cakap, " Weyh, aku sikit lagi nak mati.." . Kite orang macam, " Wannnn !!! Apa kau cakap camtu !!? " * Sambil lap air mata, happy plus bersyukurrr! *

Prosedur lama gak kat balai tu, Wan kene buat karangan dia dulu, dari macam mana boleh hilang, dan apa jadi masa hilang. Lepas azan magrib, baru habis settle semua. Kite orang sempat ambil gambar ngan Wan kat Balai Polis tu. Hehe. 

* Wan yang pakai baju merah biru tuu* 

Tak semua ada lam gambo ni. Haha
Habis je bergambor, Wan , abg dia suruh balik rumah dulu, yelah, mak ayah dah risau kan. Kite orang gerak masjid dulu, solat maghrib, lepas tu baru pergi makan, At that was first makan berat untuk hari tuuuuu. Happy jugak sebab dapat makan. Tapi macam biasa, aku makan ciput je, walaupun lapoo macam monster. Hahaha! Lepas dah settle semua, kite orang pun dah gerak balik kolej balik. Mula2 datang abang acap yang drive, tapi sbb abg acap pent gile, die minta tukar sesiapa utk drive balik. so zul yang drive balik kolej. hehe. Alhamdulillah, sampai je kolej, terus flat masing2. Takde dah nak borak, terussss tidurrrrr.

Alhamdulillah ! Terima kasih Allah swt, kami bersyukur kau kabulkan doa kami, bersyukur tak terhingga dan kagum dengan kehebatan Allah swt. Aku ingat ayat ni, " Kalau Allah kehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah! ". Lagi sekali , THE POWER of DUA! :) 

The next day, kite orang minta Wan a.k.a mangsa kejadian, ceritakan pengalaman dia sampai jumpa jalan keluar. Ceritanya, Wan mmg dah dekat dah dengan puncak extreme tu, dia ada panggil nama salah sorang kawan kite orang yang naik puncak, tapi takde yang jawab panggilan dia. Haa, memamnglah, sebab dorang dah betul2 kat puncak masa tu, mmg tak jumpe lah cite dia. Wan kata dia decide patah balik , tetapi tergelincir kat satu curam tu, slide terusss. Dia fikir, kalau aku naik, takde siapa nak tolong, wan kata baik jatuh terus kat bawah. Memang betul, dia layankan je slide tuu. Sampai dekat satu tu, die kata penat sgt takde air kan, die tidur sampai ada tenaga nak jalan balik. Lepas bangun tu, dia kata ada jumpa lumpur, disebabkan haus sangat, dia minum je. Teruskan perjalanan, sampai jumpa tanah lembab ni, dia ckp, takkan lak tanah tu je basah?, dia kata, dia ikut je tanah basah sampai jumpa satu empangan ni. Wan kata dia minum air, solat zuhur , azan , cuci baju apa semua kat situuu. Tunggu sampai lah baju die kering. Then, teruskan perjalanan tanpa tahu jalan yang betul yang mana, tapi dia yakin Allah pasti tolong dia. Walaupun tiga kali salah jalan, until dia terdengar bunyi motor lalu, dia jerit minta tolong. Abg tu tanya, dia ke yang hilang tu, maksudnya, mereka juga dah tahu pasal Wan hilang tu, so, abg tu dgn akak tu bagi Wan air, makan semua (*makan ringan je la*), lepas tu baru report. Akhirnya, Wan kata, aku jumpa korang semula. Yeayy. Alhamdulillah

Tabahnye la insan dipilih ni hadapi dugaan Allah. Kite orang semua berjaya hadapi dugaan Allah dengan izinNya, tanpa pertolongan Allah, kami tak mampu seberjaya yang kami dah lalui tuu. :)

Hikssss, Alhamdulillah untuk infinityyyyyy. Takde nombor untuk say alhamdulillah. :D Rasanya entry ni paling TERPANJANG !! >_< Hehe. Maaf yaaa. Iolls tak berpengalaman sangat dalam bab menulis niii. Hehe.

Truely lovee,
Salwana.


1 comment:

  1. haiii..farah singgah bw =)

    jemput singgah segment bloglist farah ya. Tinggal 4 hari je lagi =)

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete